Azzahra Home Tuition HQ

Capai Kecemerlangan Akademik anak anda bersama Tuisyen Dalam Talian Azzahra!

Perkhidmatan kelas tuisyen dalam talian secara persendirian dan berkumpulan kecil (3-7 pelajar) di Malaysia serta luar negara.

Tahap perkhidmatan tuisyen yang ditawarkan adalah untuk pelajar pra sekolah, sekolah rendah (Ujian Akhir Sesi Akademik – UASA & Kelas Al-Quran dan Fardu Ain – KAFA), sekolah menengah (Ujian Akhir Sesi Akademik – UASA & Sijil Pelajaran Malaysia-SPM) bagi silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Cambridge & Pearson Edexcel for Primary & Secondary Education (International General Certificate of Secondary Education – IGCSE) , serta perkhidmatan kelas tuisyen untuk pelajar dewasa (Iqraā€™ & Al-Quran & Komunikasi).

Anda tiada masa atau kemahiran untuk membantu kecemerlangan pendidikan anak anda?

Dah hantar anak ke pusat tuisyen tetapi prestasi anak masih tiada perubahan kerana belajar di dalam kelas yang ramai pelajar?

Adakah anak anda memerlukan bantuan tambahan untuk mencapai kejayaan di sekolah?

Jika ya, jangan risauā€¦.

Azzahra Home Tuition menyediakan pembelajaran dalam talian yang disesuaikan untuk pelajar dari pelbagai peringkat umur dan tahap akademik. Tutor kami yang berpengalaman dan bersemangat akan membantu mencipta pelan pembelajaran yang terbaik untuk menangani keperluan khusus serta sesuai dengan gaya pembelajaran anak anda.

Jom belajar dengan kami!

Lebih Mudah, Lebih Selesa & Jimat Masa

Belajar di rumah sendiri pasti lebih selesa dan lebih mudah tanpa perlu penat keluar rumah menghantar anak anda ke pusat tuisyen serta dapat menjimatkan masa dan tenaga anda. Malah, anda juga dapat berjimat kerana tidak lagi perlu keluarkan kos perjalanan atau petrol.

Jadual yang Fleksibel & Peringatan Kelas

Pihak kami akan sediakan jadual kelas yang fleksibel mengikut masa yang sesuai dengan jadual anak-anak anda yang penuh dengan pelbagai aktiviti. Kami juga akan menyediakan dua kali peringatan kelas secara percuma kepada ibu bapa kerana kami faham ibu bapa sememangnya sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuklah pengurusan pekerjaan dan pengurusan keluarga.

Kelas Secara Persendirian

Kelas eksklusif ini amat sesuai untuk meningkatkan prestasi pembelajaran anak anda dengan berkesan kerana para tutor kami akan fokus kepada bahagian-bahagian tertentu yang perlu diberikan penekanan berdasarkan prestasi terkini anak anda dan membimbing pelajar sehingga faham terhadap sesuatu topik. Pelajar juga boleh bertanyakan soalan-soalan yang tidak difahami secara terus tanpa perlu menunggu giliran. Selain itu, pelajar juga boleh memilih topik-topik tertentu untuk belajar bersama tutor. Istimewanya kelas ini, anak anda boleh belajar secara kehadapan ("advanced") berbanding pelajar lain.

Tutor Mahir & Terbukti Berjaya

Azzahra Home Tuition telah beroperasi hampir 10 tahun di pasaran, justeru itu, semua tutor kami telah mempunyai formula tersendiri yang terbukti berjaya untuk membantu anak anda. Semua tutor kami perlu sentiasa menjalani latihan untuk meningkatkan prestasi diri dengan teknik-teknik terkini yang sesuai untuk pelajar-pelajar masa kini.

Jadiā€¦ Jangan lepaskan peluang ini untuk pihak kami bantu meningkatkan prestasi akademik anak anda. Hubungi kami dengan kadar segera untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kelas kami dan bagaimana kami boleh membantu anak anda untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Jom bertindak sekarang sebelum kehabisan slot kelas!

Hubungi kami segera untuk dapatkan konsultasi percuma!

Mengapa Pilih Kami

Silibus Malaysia & Antarabangsa

70 matapelajaran pilihan

Laporan Prestasi disediakan

Terbukti Berjaya

Mengenai Kami

Visi
Menjadi syarikat perkhidmatan tuisyen personal pilihan utama ibubapa di dalam dan luar negara.

Misi
Kami menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik mengikut keperluan & kesesuaian bagi setiap pelajar dengan menghubungkan tenaga pengajar mahir dan berkelayakan kepada pelajar dengan persekitaran pembelajaran yang selesa dari rumah serta menyokong perkembangan intelektual, emosi dan rohani untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Nilai
Ikhlas, komited, dan inovatif.

Motto
Bina masa depan anda bersama kami

Sejarah Penubuhan
Syarikat Azzahra Home Tuition telah didaftarkan di SSM pada bulan April 2015 oleh pengasasnya, Cikgu Fairus bersama isterinya Cikgu Solehah.

Idea penubuhan terjadi semasa pengasas mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Gombak, Selangor dan beliau mendapati pengajaran di sekolah adalah kurang berkesan kerana bilangan pelajar yang ramai iaitu 40 orang & setiap pelajar mempunyai tahap pemahaman yang berbeza dalam pelajaran.

Jadi untuk meningkatkan pendidikan pelajar-pelajar di Malaysia, pengasas telah berhenti bekerja di sekolah tersebut dan menubuhkan kelas tuisyen persendirian dan berkumpulan kecil untuk membantu meningkatkan kefahaman agar mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan di sekolah.

Azzahra Home Tuition hanya bermula di rumah pengasas di Batu Caves, Selangor. Ketika itu, hanya 3 orang pelajar sahaja yang telah menyertai kelas beliau & isterinya. Pendaftaran pelajar semakin meningkat sehingga 60 orang pelajar dalam tempoh 3 bulan sahaja. Ada ibu bapa pelajar sanggup menghantar anak-anak mereka untuk menghadiri kelas tuisyen walaupun mereka tinggal jauh seperti di Sungai Buloh, Rawang, Serendah, Sungai Besi dan lain-lain. Syarikat kini telah berpindah dan beroperasi di Emerald Avenue, Selayang dan kini mempunyai hampir 100 orang tenaga pengajar untuk mendidik pelajar-pelajar.

Kini, Azzahra Home Tuition telah berjaya membantu hampir 5,000 orang pelajar yang telah mencapai keputusan A setiap kali peperiksaan mereka di sekolah dan menerima anugerah kecemerlangan.

Pada tahun 2020, Azzahra Home Tuition telah menukar kelas fizikal kepada kelas secara dalam talian. Perubahan ini menyebabkan Azzahra Home Tuition menerima permintaan bagi silibus Cambridge & Pearson Edexcel for Primary & Secondary Education (International General Certificate of Secondary Education – IGCSE), mengaji Iqra’ & Al Quran, Kelas membaca dan komunikasi daripada pelanggan luar negara seperti Arab Saudi, Australia, Ireland. Azzahra Home Tuition juga mendapat permintaan untuk mengajar kelas KAFA.

Tawaran Istimewa

Promosi Yuran RM 4.50 Sahaja Kelas Tuisyen Dalam Talian Kumpulan Kecil (2 – 7 orang pelajar) sempena Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha.

Terhad kepada 300 orang pelajar sahaja.

Tertakluk kepada terma & syarat.

Perkhidmatan kelas tuisyen kami

Perkhidmatan Tuisyen Pra Sekolah

  • Membaca Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Iqraā€™ & Al Quran
  • Mengira

Perkhidmatan Tuisyen Sekolah Rendah

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab

Perkhidmatan Tuisyen Sekolah Agama KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain)

  • Al-Quran (Tajwid)
  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Adab (Akhlak Islamiyah)
  • Jawi
  • Asas Lughatul Quran

Perkhidmatan Tuisyen Sekolah Menengah

  • Mata Pelajaran Teras
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral

Mata Pelajaran Elektif Bahasa

  • Bahasa Arab
  • Bahasa Cina

Mata Pelajaran Elektif Kemanusian Dan Sastera Ikhtisas

  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Perniagaan
  • Pengajian Keusahawanan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Kesusasteraan Inggeris
  • Kesusasteraan Cina

Mata Pelajaran Elektif Pengajian Islam

  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Pendidikan
  • Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam

Mata Pelajaran Elektif STEM (Sains Tulen Dan Matematik Tambahan)

  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Mata Pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan Dan Teknologi)

  • Sains Tambahan
  • Grafik Komunikasi Teknikal
  • Asas Kelestarian
  • Pertanian
  • Sains Rumah Tangga
  • Reka Cipta
  • Sains Komputer
  • Sains Sukan
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Lukisan Kejuruteraan

Perkhidmatan Tuisyen Dewasa

  • Kelas Komunikasi (Malaysia, Inggeris, Arab)
  • Kelas Mengaji (Iqraā€™ & Al-Quran)

Perkhidmatan Tuisyen Cambridge & Pearson Edexcel for Primary & Secondary Education (International General Certificate of Secondary Education - IGCSE)

  • Malaysia
  • English
  • Arabic
  • Mathematics
  • Mathematics Additional
  • Science
  • Biology
  • Chemistry
  • Physics
  • Accounting

Senarai Pakej Kami

Pakej Gold

RM 80 Bulan
  • Kelas kumpulan kecil (2-7 pelajar)

Pakej Diamond

RM 200 Bulan
  • Kelas perseorangan (1 to 1)

Jawatan Kosong di Azzahra Home Tuition

Azzahra Home Tuition ingin membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kumpulan kami untuk jawatan separuh & sepenuh masa bagi jawatan-jawatan dibawah:

Tutor

Pegawai Tadbir

Perunding Pendidikan

Hubungi Pegawai Sumber Manusia kami untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang ini! Bina kerjaya anda bersama kamiā€¦

Hubungi Kami

Media Social
Scroll to Top